Wednesday, June 5, 2013

jom

Make up to RM50+ a day on EnSurvey by answering quick surveys! http://www.ensurvey.com/?referral_id=4990

Tuesday, March 20, 2012

lumrah yang biasa kita lihat..

di malaysia, hentam menghentam melalui media adalah perkara biasa, itulah lumrah politik. kenampakan disini kekotorannya apabila kedua pihak iaitu pemerintah dan pembangkang saling mencari kesalahan dan kesilapan pihak lawan untuk dijadikan modal hentaman.
musim pilihan raya bakal berlangsung tidak lama lagi, buktinya sedua pihak sibuk menggempur ahli untuk turun padang dan melakukan kerja amal untuk tunjukkan 'keikhlasan' dimata rakyat. orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, warga miskin dan anak anak yatim bakal terbela untuk waktu terdekat sehingga selesai 'detik' pilihan raya.
harapan agar semua pihak komited dalam tugas masing-masing, persiapkan jentera anda sebagai 'wakil' kepada rakyat. jangan mencari salah pihak lawan, nanti aib sendiri terbuka. lebih baik lakukan tugas sebaiknya, soal 'feedback', rakyat anda akan nilai sendiri adakah anda layak dengan kerusi yang disandang. ok.bai

Monday, March 19, 2012

rasa yang tidak senang..

hari ini telah berlangsung aktiviti turun padang daripada pejabat ke satu wilayah di daerah dungun untuk menilai dan menyampaikan zakat kepada asnaf fakir dan miskin. bertolak sekitar pukul 8.30 dari kuala terengganu, melalui lebuhraya pantai timur mempercepatkan perjalanan, namun aktiviti pengubahsuaian jalan raya di tengah-tengah perjalanan sedikit melewatkan ketibaan. sudah bertahun lamanya aku menantikan jalan itu pulih namun sehingga kini, tiada kenampakan sedikit pun ia akan menjadi kenyataan.
tiba di dungun, disambut baik oleh warga disana yang menantikan ketibaan kami yang sememangnya agak terlewat, namun itu tidak melengahkan kami untuk terus bergerak ke kawasan kampung yang akan ditinjau. pada mulanya, disebabkan kawanku yang ingin ke tandas, kami terlewat bergerak dan ditinggalkan jauh di belakang, bila ketemu kembali dengan yang lain, mereka sudah selesai meninjau satu kawasan, lalu kami ke kawasan seterusnya, iaitu ke pembahagian dana oleh jabatan kebajikan masyarakat. berkobar kobar semangat wakil rakyat memberikan hujah dan taklimat politik kepada warga emas dan orang kurang upaya yang menerima bantuan JKM. "ah, pedulikan lah", fikirku, itu kan duit dana kebajikan masyarakat, yang sememangnya disampaikan oleh kerajaan, biarkanlah mereka menyampaikan sesuka hati mereka.
selepas itu kami bergerak ke perkampungan di kawasan lain pula, kali ini bersama wakil rakyat, hatiku berbangga dengan wakil rakyat ini, bagus juga beliau yang tidak membahasakan dirinya sebagai 'yang berhormat' tapi cukup sekadar wakil kepada rakyat dibawah jajahan beliau. namun, kata kata manis adalah satu kebiasaan oleh wakil rakyat, itu fikirku.
tiba di satu rumah, ada seorang wanita mengendong anak kecil, rumah itu sangat kecil, seperti sebuah bilik sahaja kelihatannya, tetapi dilengkapi piring astro, tandasnya di luar di tepi sebelah kanan rumah. di kawasan pedalaman sebegini, sekiranya tiada piring astro atau parabola, maka kamu akan tersisih dari dunia luar, tiada line telefon, tiada siaran televisyen, sama seperti duduk di sebuah pulau tiada berpenghuni. lalu bos menyuruh aku menyediakan duit zakat segera iaitu zakat tunai ke tangan wanita tadi atas keperluan hariannya yang kelihatannya sangat terdesak, tambahan pula hidup melarat di kawasan pedalaman yang tiada cara untuk menambah pendapatan melainkan kamu punya tanah sendiri. aku terkesima pabila zakat tersebut disampaikan melalui tangan 'wakil rakyat' yang turut 'berkempen' tambahan pula 'mengingatkan' wanita tersebut untuk menyokong dan mengundi 'pemerintah'.adakah patut mempolitikkan zakat sebegitu rupa?adakah wajar 'duit suci' disampaikan melalui tangan 'politik' yang pada pendapat aku memalitkan kekotoran kepadanya?
lalu, seterusnya begitu dan begitu, duit itu disampaikan ke tangan warga miskin dengan kata-kata berbaur politik.
pada pendapatku, wakil rakyat tidak sepatutnya menyampaikan duit zakat dengan niat meraih undi atau dengan niat berkempen, duit zakat bukanlah seperti duit daripada kebajikan masyarakat. tidak sepatutnya dipolitikkan, seharusnya sempaikan dengan ikhlas tanpa memilih biru atau hijau, ingat 'neraca' tuhan di akhirat adalah pasti akan ditempuh oleh semua.
lagi satu, zakat itu hak asnaf, tidak perlu kita menambah 'syarat' kepada mereka, sekiranya mereka layak, perlu diberi hak mereka sewajarnya.

Wednesday, August 10, 2011

Kerajaan umum bonus..adakah anda terfikir?

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

-- BERNAMA

................................................................................................................
Bersyukur..Alhamdulillah..
ok, aku lihat semua orang sangat gembira..dapat bonus raya lah kan..bagus lah, sebab harga barang pun memang melonjak naik..so, bonus nie..boleh lah wat duit minyak dan tol balik kampung kan..



semua lupa..


bila sepanjang 4 tahun..
berapa kali harga barang mentah cam gula dan minyak naik..


aku cuma mengingatkan..jangan lupa..lepas raya, akan ada Pilihan Raya..aku agak waktu terdekat lepas raya nie..sebab semua sudah kabur..oleh 500 ringgit itu..
ini lah malaysia sekarang...
semoga berfikir..

Friday, August 5, 2011

Sedikit Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

Suasana di kelas 3 Tekun agak hingar bingar kerana akan diadakan pemilihan ketua..Ada beberapa murid yang agak cemerlang dan menonjol dikalangan mereka terutama D, Na dan Wa. Mereka bertiga agak menonjol dan memiliki kawan-kawan yang akan setia menyokong mereka.
Seperti yang diduga, mereka bertiga terpilih sebagai bakal ketua dan akan bertanding bagi merebut tempat sebagai ketua kelas 3 Tekun. Menyelidik sedikit sebanyak berkenaan petanding-petanding jawatan tersebut :

D merupakan anak yang soleh dan baik, tetapi agak tegas sekiranya bercerita bab agama, sebahagian murid sukakan itu dan sebahagian lagi cenderung kepada mengelak daripada beliau. Ini disebabkan beliau agak berterus terang dan berdisiplin. Jika dikira berdasarkan disiplin, beliau merupakan yang paling layak mengetuai semua murid di sekolah tersebut.


Na pula seorang yang kaya dan berwawasan, beliau selalu membantu sahabat-sahabatnya dan agak terkenal di sekolah. Dalam ketiga-tiga petanding, beliau yang paling menyerlah. Beliau selalu mewakili sekolah dalam beberapa kejohanan di peringkat negeri, cikgu-cikgu selalu memuji hasil kerja beliau yang kemas dan rapi. Sekiranya bergantung kepada populariti dan kepimpinan, beliau layak digelar antara yang terbaik.


Wa pula tidak boleh dipandang remeh, beliau bijak menyampaikan hujah dan paling pandai dikalangan murid di kelas 3 Tekun. Walaupun agak banyak masalah yang beliau hadapi di sekolah seperti berdepan pembuli dan lain-lain, beliau lah yang paling berpengalaman dan mencuri tumpuan. Ketabahan beliau menjadi pendorong murid lain untuk menghadapi alam sekolah.

Disebabkan mereka bertiga sering dikelilingi sahabat dan pengikut, mereka jarang bersama dan sering bertanding antara satu sama lain, sikap beginilah yang guru-guru harapkan daripada murid-murid, iaitu persaingan sihat dikalangan murid dalam pelajaran.
..............................................................................................................

Selepas selesai mengira undian, Na telah terpilih sebagai ketua, para pengikut dan sahabat Na bersorak gembira diatas perlantikan tersebut. Sekarang tugas Na lebih besar, beliau tidak boleh hanya memikirkan tentang sahabat dan pengikutnya sahaja, beliau harus memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua bagi memuaskan hati semua pihak. Tahun depan akan diadakan pemilihan ketua beru, D dan Wa masih berharap untuk berbakti kepada kelas sebagai seorang ketua.


.............................................................................................................

SITUASI A
Na berfikir "aku ibarat memberi mereka parang, lalu mereka akan cantas kaki aku"..lebih baik aku jaga kawan dan pengikutku agar mereka setia dan tidak berbelah bahagi, nescaya aku akan menang lagi tahun hadapan. Lalu, Na pun menyediakan "double standard", satu ialah kemewahan, iaitu kepada yang menurutnya,dan lagi satu ialah penyekatan, iaitu kepada yang menentangnya..

.....................................................atau...................................................

SITUASI B
Na berfikir, "kini aku ketua kepada semua mereka, dan mereka dibawah jagaanku, harus kuberikan layanan yang adil kepada semua". Lalu Na membahagikan tugasan, sedikit diberikan kepada D dan sedikit kepada Wa, ini kerana ada murid yang berkawan rapat dengan mereka, lalu mereka bersama sama bekerja dibawah Na. tahun depan akan diadakan lagi pertandingan, dan mereka akan bersama bertanding untuk menjadi ketua.

..............................................................................................................

Adakah situasi ini yang kita lihat di negara kita sekarang?

Saturday, April 23, 2011

tragedi jumaat semalam..

semalam aku pulang..keletihan..urgh dalam hati mahu aje aku ponteng solat jumaat..
akal setan memang selalu singgah kalau hati nurani xbersih..jauh dari tuhan..
itu yang ustaz slalu pesan..
sampai ke rumah, aku masuk ke bilik..barbaring di katil..terlelap..
terkejut pabila terdengar pintu diketuk..
suara nyaring ibuku menyuruhku ke masjid.."sudah pukul satu petang"..fikirku..
suara katilku berbunyi pabila aku bangun..menunjukkan usia usangnya hampir separuh abad..
mataku masih lesu..arghh..berjalan pun masih dengan gaya seorang lelaki mabuk air setan..
kucapai tuala mandiku..seingatku, tuala ini ku guna agak lama juga..
ada lubang2 kecil di tualaku menunjukkan usia usangnya.."barang lama bai, susah nak buang.."
itulah tabiatku..suka gunakan benda2 yang aku biasa guna..n benda lama..
"sengih dalam hati"..aku sudah gila agaknya, slalu fikir perkara yang xberfaedah..
masuk ke bilik air..mandi air telaga..sejuk sampai ke tulang..aku suka..rasa seperti aku dizaman kanak2..
sebelum ke sekolah..
sedang ku terkenang-kenang.."woiii!!semayang nungg!!,mandi ape lame-lame ning!!"
terdengar suara ibu dari luar..slang pekat terengganu..'very pure' fikirku..
aku yang agak tergesa-gesa..segera mengambil tuala yang ku sangkut pada paku di bilik air..
PRAKKK!!!..aiseyh..barang lama..tuala terkoyak bai..
waaa..bahana betulla..baru nk puji diri sendiri sket..sob3..
ape lagi.."tolonggg...tolonggg..mak, bagi ler tuala selai..yg ni terkoyak rabak dah nie..


itulah cerita aku semalam...sedih x?chesss...wat malu jantan je..

Monday, March 28, 2011

ampunkan aku

hujan turun dengan lebat..
bunyinya menerjah ke siling rumah bagaikan beribu batu jatuh dari langit..
malam yang gelap pekat, membawa aroma dan tiupan bayu..
seterusnya..
bagaikan diseru-seru..hujan lebat yang melewati rumahku..
ibarat ribuan tentera tuhan..
yang datang memberitahu..
bahawa air itu suatu nikmat, juga tanda sayang tuhan pada umat..
bagaikan membasuh kedurjanaan yang kita sering lakukan..
kita tahu apa itu dosa dan pahala..
hukum dan undang-undang..
ciptaan tuhan juga propaganda manusia..
kita tahu apa itu amar ma'ruf dan nahi mungkar..
yang sering diajar kepada kita..di ulang berkali kali..
tetapi, manusia itu sering lupa..
dosa dan pahala yang mana pilihan hati..
manusia sering angankan syurga..islam atau tidak..semua angankan syurga..
tetapi..
manusia selalu lupa untuk menghitung amalan..
Allahuakbar..
ampunkan aku..yang sering lalai.. dan sering mengabaikan tanggungjawabku..
aku seorang pekerja..disisi tuanku..
tuanku sering memerhatikanku..namun, aku sentiasa lupa..
aku selalu hanyut..
setiap hari dibuai dosa..
ya Allah..ampunilah aku..
aku sering dibuai nafsu..
cinta dunia..cinta manusia..cinta materialisma..
namun, cinta tuhanku..
cinta rasulku yang banyak berkorban..
aku sering melupai itu..
tuhanku..ampunkan aku..
bagaikan hujan yang menyucikan udara kotor disekelilingku..
kau sucikan hatiku..
ibarat hujan yang menyuburkan tumbuhan dan menyegarkan unggas..
kau suburkanlah hatiku..
dengan iman dan takwa..
segarkanlah aku, supaya aku jadi rajin beramal kepadamu..
buanglah kekotoran dari hatiku..
dari hati kami semua umat mu..
sesungguhnya..kami ini hamba yang hanya akan bersujud padamu..
Ya Rabb al Alamin..
amin..