Monday, March 28, 2011

ampunkan aku

hujan turun dengan lebat..
bunyinya menerjah ke siling rumah bagaikan beribu batu jatuh dari langit..
malam yang gelap pekat, membawa aroma dan tiupan bayu..
seterusnya..
bagaikan diseru-seru..hujan lebat yang melewati rumahku..
ibarat ribuan tentera tuhan..
yang datang memberitahu..
bahawa air itu suatu nikmat, juga tanda sayang tuhan pada umat..
bagaikan membasuh kedurjanaan yang kita sering lakukan..
kita tahu apa itu dosa dan pahala..
hukum dan undang-undang..
ciptaan tuhan juga propaganda manusia..
kita tahu apa itu amar ma'ruf dan nahi mungkar..
yang sering diajar kepada kita..di ulang berkali kali..
tetapi, manusia itu sering lupa..
dosa dan pahala yang mana pilihan hati..
manusia sering angankan syurga..islam atau tidak..semua angankan syurga..
tetapi..
manusia selalu lupa untuk menghitung amalan..
Allahuakbar..
ampunkan aku..yang sering lalai.. dan sering mengabaikan tanggungjawabku..
aku seorang pekerja..disisi tuanku..
tuanku sering memerhatikanku..namun, aku sentiasa lupa..
aku selalu hanyut..
setiap hari dibuai dosa..
ya Allah..ampunilah aku..
aku sering dibuai nafsu..
cinta dunia..cinta manusia..cinta materialisma..
namun, cinta tuhanku..
cinta rasulku yang banyak berkorban..
aku sering melupai itu..
tuhanku..ampunkan aku..
bagaikan hujan yang menyucikan udara kotor disekelilingku..
kau sucikan hatiku..
ibarat hujan yang menyuburkan tumbuhan dan menyegarkan unggas..
kau suburkanlah hatiku..
dengan iman dan takwa..
segarkanlah aku, supaya aku jadi rajin beramal kepadamu..
buanglah kekotoran dari hatiku..
dari hati kami semua umat mu..
sesungguhnya..kami ini hamba yang hanya akan bersujud padamu..
Ya Rabb al Alamin..
amin..

Friday, March 25, 2011

agak terlambat sudeh..

banyak betul masalah menimpa beliau..
harap beliau tabah..
sabar menghadapi dugaan..
walau aku bukan penyokongnya..
at least, aku tidak mahu menjadi seorang yang mencaci seorang muslim yang lain..
segala tohmahan, fitnah..harap kau sabar.
ingat dirimu itu muslim..
saudara semuslimku..
fasiq begitu ramai..
munafik berada di sekeliling laluanmu..
sabarlah..
gunalah ilmu dan agama kurniaan tuhanmu..
semoga kita dapat ke syurga Allah..
InsyaAllah..