Friday, August 5, 2011

Sedikit Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

Suasana di kelas 3 Tekun agak hingar bingar kerana akan diadakan pemilihan ketua..Ada beberapa murid yang agak cemerlang dan menonjol dikalangan mereka terutama D, Na dan Wa. Mereka bertiga agak menonjol dan memiliki kawan-kawan yang akan setia menyokong mereka.
Seperti yang diduga, mereka bertiga terpilih sebagai bakal ketua dan akan bertanding bagi merebut tempat sebagai ketua kelas 3 Tekun. Menyelidik sedikit sebanyak berkenaan petanding-petanding jawatan tersebut :

D merupakan anak yang soleh dan baik, tetapi agak tegas sekiranya bercerita bab agama, sebahagian murid sukakan itu dan sebahagian lagi cenderung kepada mengelak daripada beliau. Ini disebabkan beliau agak berterus terang dan berdisiplin. Jika dikira berdasarkan disiplin, beliau merupakan yang paling layak mengetuai semua murid di sekolah tersebut.


Na pula seorang yang kaya dan berwawasan, beliau selalu membantu sahabat-sahabatnya dan agak terkenal di sekolah. Dalam ketiga-tiga petanding, beliau yang paling menyerlah. Beliau selalu mewakili sekolah dalam beberapa kejohanan di peringkat negeri, cikgu-cikgu selalu memuji hasil kerja beliau yang kemas dan rapi. Sekiranya bergantung kepada populariti dan kepimpinan, beliau layak digelar antara yang terbaik.


Wa pula tidak boleh dipandang remeh, beliau bijak menyampaikan hujah dan paling pandai dikalangan murid di kelas 3 Tekun. Walaupun agak banyak masalah yang beliau hadapi di sekolah seperti berdepan pembuli dan lain-lain, beliau lah yang paling berpengalaman dan mencuri tumpuan. Ketabahan beliau menjadi pendorong murid lain untuk menghadapi alam sekolah.

Disebabkan mereka bertiga sering dikelilingi sahabat dan pengikut, mereka jarang bersama dan sering bertanding antara satu sama lain, sikap beginilah yang guru-guru harapkan daripada murid-murid, iaitu persaingan sihat dikalangan murid dalam pelajaran.
..............................................................................................................

Selepas selesai mengira undian, Na telah terpilih sebagai ketua, para pengikut dan sahabat Na bersorak gembira diatas perlantikan tersebut. Sekarang tugas Na lebih besar, beliau tidak boleh hanya memikirkan tentang sahabat dan pengikutnya sahaja, beliau harus memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua bagi memuaskan hati semua pihak. Tahun depan akan diadakan pemilihan ketua beru, D dan Wa masih berharap untuk berbakti kepada kelas sebagai seorang ketua.


.............................................................................................................

SITUASI A
Na berfikir "aku ibarat memberi mereka parang, lalu mereka akan cantas kaki aku"..lebih baik aku jaga kawan dan pengikutku agar mereka setia dan tidak berbelah bahagi, nescaya aku akan menang lagi tahun hadapan. Lalu, Na pun menyediakan "double standard", satu ialah kemewahan, iaitu kepada yang menurutnya,dan lagi satu ialah penyekatan, iaitu kepada yang menentangnya..

.....................................................atau...................................................

SITUASI B
Na berfikir, "kini aku ketua kepada semua mereka, dan mereka dibawah jagaanku, harus kuberikan layanan yang adil kepada semua". Lalu Na membahagikan tugasan, sedikit diberikan kepada D dan sedikit kepada Wa, ini kerana ada murid yang berkawan rapat dengan mereka, lalu mereka bersama sama bekerja dibawah Na. tahun depan akan diadakan lagi pertandingan, dan mereka akan bersama bertanding untuk menjadi ketua.

..............................................................................................................

Adakah situasi ini yang kita lihat di negara kita sekarang?

No comments:

Post a Comment