Monday, February 21, 2011

akett..( post yang paling pengotor!)

adoittt...akett..tulonggg..adehh..
nk..oittt..cepattttlaaa...sakit nieee..
....................................................
bayangkan korang berada di situasi 'berebut tandas' dipagi hari..
macam cheriter fi ramblee..ape yang korang akan lakukan?
nk skip berak & kenceng ker? postpone ke waktu yang xsibuk..camtu?
ish..berak & kenceng nie xelok postpone..even korang nie sesibuk mane pon..
xelok..(dengar abah cakap niiee!!)
adapun kiter kalu terpakse postpone la kan..selesa ke?
tetibe ade pulak orang ajak borak ke..
man : ali,pe yang ko bwat smalam?
ali : akhu pon x tahu la!!..( saket perot..tahan2)
man : lah, kalo yer pon jangan la marah-marah..aku tanye jer..
ali : ye lah..ye lahh!!(menahan..)
haaa...kang nampak tu..
nk ajak berbual pon da x bleh kan..susa sket kalu korang x paham nie..
xpe lah..korang x paham..

Thursday, February 17, 2011

sisi gelapku

aku sangat malas.
thesis aku belum pun aku update..
arghh..
masih tidak berjaya berubah..

Monday, February 14, 2011

sangat menyampah!

kami rakyat malaysia bukan indonesia tetapi setiap hari semua cerita yang ditayangkan hanyalah drama indonesia sahaja. cerita orang paling bodoh, cahaya pun di tayangkan dan sangat banyak episod pulak tu. rata-rata watak utama sangatlah baik macam malaikat dan watak jahat pula mengalahkan iblis.
dalam 10 atau 20 tahun lagi, aku rasa makin ramai pendatang asing dari indonesia ke malaysia dan bahasa melayu akan hilang ditelan zaman, mana tak nya, setiap hari anak-anak kita menonton cerita indonesia yang tidak akan habis dari tengah hari ke maghrib, disambung pula dengan ulangan pada malam harinya.
dulu timbul kes gadis melayu lari dari rumah kerana mengikut jejaka indonesia ke lombok, langsung tidak dijadikan iktibar, terus cerita-cerita indonesia ini dicanangkan.
aku sangat menyampah dengan cerita-cerita indonesia ini kerana cuti yang ku dapat hari ini membazir kerana aku tidak juga dapat menonton rancangan televisyen yang menarik. yang ada semuanya cerita-cerita indonesia yang sangat di angkat itu.
pakaian warga muda sekarang pun makin teruk kerana selalu mengikut pakaian pelakon-pelakon indonesia yang sememangnya tidak sesuai dijadikan contoh.
drama malaysia pun tidak ada yang ditayangkan di negara jiran kita itu, dan anak-anak muda mereka sangatlah membenci warga malaysia, tapi adakah ini dijadikan iktibar? janganlah jadi seperti peribahasa "kera di hutan disusukan, anak dirumah ditinggalkan".
makin malas lah amah indonesia yang bekerja disini kerana sering dapat menonton drama indonesia.
aku terfikir, adakah kita terlalu berlembut terhadap mereka?mungkin kita tidak mahu mencari gaduh atau berlawan dengan mereka, tetapi wajarkah kita mengangkat mereka terlalu tinggi?
sudah lah, ini hanya kata-kata hatiku, seorang rakyat yang 'ingin menonton drama melayu'.
siapa yang harus dipersalahkan?fikirkan~

perlahan itu selamat..

setiap hari, aku akan bangun pada pukul 6.00 pg, mandi, berus gigi, solat, kemudian bersiap-siap, masuk ke dapur, bancuh radix dan makan roti, hidupkan suis komputer riba kemudian dengar radio era. log in facebook, blog dan baca surat khabar..
pukul 7.20pg aku akan bertolak ke tempat praktikal. sebelum itu, bersalam dengan ibuku..restu ibu memang sangat penting dalam memulakan hari.
rata-rata aku menunggang motosikal ke tempat praktikal kecuali hari hujan, maka kakak ku yang satu-satunya itu akan menjadi mangsa ku sebagai pemandu.
jika aku menunggang motosikal, kelajuannya hanyalah pada tahap 60 km/j hingga 80 km/j.sekiranya terlebih laju, akanku segera perlahankan. biasanya akan ada penunggang-penunggang yang tersenyum sinis memandangku kerana membawa motosikal secara perlahan, maklum lah, jiwa sedang bergelora untuk memulakan hari, mereka sering berlumba-lumba melepasi ku.
pernah suatu hari, aku saksikan 7 buah kereta yang mengalami kemalangan berderet kerana tidak sempat membrek.
fuhh..
tidak pernah aku terlewat ke tempat kerja pun, asalkan selamat..itu yang kita semua harapkan, tidak kira laju atau perlahan, tetapi kalau aku semakin laju, maka aku akan tiba terlalu awal di tempat kerja. semestinya itu sangat sia-sia dan membosankan buatku.
babai..

suatu hari itu..

beliau berjalan menuju suatu tempat indah permai..jauh nun di kaki bukit jauh dari mata dunia, jauh dari penempatan tamadun berakal perosak..
"disini akan ku dirikan penempatanku" fikirnya.
ketika itu, pembantunya hanyalah tulang empat kerat, didirikan sebuah pondok kecil. makanannya berasaskan buah-buahan hutan. itulah kehidupan sehariannya, jauh dari kesibukan kota juga suara manusia.
..........................................................................
"betulkah lelaki ini yang kita cari-cari selama ini?" tanya hamdan kepada kassim. "iya, kalau tidak salah, lelaki yang kita cari-cari punyai parut pada dahinya, sama seperti beliau".
"tapi..", kata-kata itu tidak terkeluar dari hati hamdan. fikirnya, "beginikah agaknya keadaan manusia yang lari dari kehidupan sebagai manusia dan hidup tanpa komunikasi dan agama?kesian.."
(lelaki hutan) itulah label yang tertera pada sangkar manusia yang digelar 'tarzan' oleh penduduk di kejiranan itu.
beliau tidak berpakaian, tidak bertamadun, malah tidak mandi! juga sering mencuri dari penempatan manusia sama seperti kawanan yang beliau ikuti..monyet..
selesai~