Monday, February 14, 2011

sangat menyampah!

kami rakyat malaysia bukan indonesia tetapi setiap hari semua cerita yang ditayangkan hanyalah drama indonesia sahaja. cerita orang paling bodoh, cahaya pun di tayangkan dan sangat banyak episod pulak tu. rata-rata watak utama sangatlah baik macam malaikat dan watak jahat pula mengalahkan iblis.
dalam 10 atau 20 tahun lagi, aku rasa makin ramai pendatang asing dari indonesia ke malaysia dan bahasa melayu akan hilang ditelan zaman, mana tak nya, setiap hari anak-anak kita menonton cerita indonesia yang tidak akan habis dari tengah hari ke maghrib, disambung pula dengan ulangan pada malam harinya.
dulu timbul kes gadis melayu lari dari rumah kerana mengikut jejaka indonesia ke lombok, langsung tidak dijadikan iktibar, terus cerita-cerita indonesia ini dicanangkan.
aku sangat menyampah dengan cerita-cerita indonesia ini kerana cuti yang ku dapat hari ini membazir kerana aku tidak juga dapat menonton rancangan televisyen yang menarik. yang ada semuanya cerita-cerita indonesia yang sangat di angkat itu.
pakaian warga muda sekarang pun makin teruk kerana selalu mengikut pakaian pelakon-pelakon indonesia yang sememangnya tidak sesuai dijadikan contoh.
drama malaysia pun tidak ada yang ditayangkan di negara jiran kita itu, dan anak-anak muda mereka sangatlah membenci warga malaysia, tapi adakah ini dijadikan iktibar? janganlah jadi seperti peribahasa "kera di hutan disusukan, anak dirumah ditinggalkan".
makin malas lah amah indonesia yang bekerja disini kerana sering dapat menonton drama indonesia.
aku terfikir, adakah kita terlalu berlembut terhadap mereka?mungkin kita tidak mahu mencari gaduh atau berlawan dengan mereka, tetapi wajarkah kita mengangkat mereka terlalu tinggi?
sudah lah, ini hanya kata-kata hatiku, seorang rakyat yang 'ingin menonton drama melayu'.
siapa yang harus dipersalahkan?fikirkan~

2 comments: