Monday, February 14, 2011

perlahan itu selamat..

setiap hari, aku akan bangun pada pukul 6.00 pg, mandi, berus gigi, solat, kemudian bersiap-siap, masuk ke dapur, bancuh radix dan makan roti, hidupkan suis komputer riba kemudian dengar radio era. log in facebook, blog dan baca surat khabar..
pukul 7.20pg aku akan bertolak ke tempat praktikal. sebelum itu, bersalam dengan ibuku..restu ibu memang sangat penting dalam memulakan hari.
rata-rata aku menunggang motosikal ke tempat praktikal kecuali hari hujan, maka kakak ku yang satu-satunya itu akan menjadi mangsa ku sebagai pemandu.
jika aku menunggang motosikal, kelajuannya hanyalah pada tahap 60 km/j hingga 80 km/j.sekiranya terlebih laju, akanku segera perlahankan. biasanya akan ada penunggang-penunggang yang tersenyum sinis memandangku kerana membawa motosikal secara perlahan, maklum lah, jiwa sedang bergelora untuk memulakan hari, mereka sering berlumba-lumba melepasi ku.
pernah suatu hari, aku saksikan 7 buah kereta yang mengalami kemalangan berderet kerana tidak sempat membrek.
fuhh..
tidak pernah aku terlewat ke tempat kerja pun, asalkan selamat..itu yang kita semua harapkan, tidak kira laju atau perlahan, tetapi kalau aku semakin laju, maka aku akan tiba terlalu awal di tempat kerja. semestinya itu sangat sia-sia dan membosankan buatku.
babai..

No comments:

Post a Comment